kelakuan remaja
remaja sekarang
"Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus
asa untuk memasukkan kamu ke neraka,
bagaimana kamu selaku yang memegang diri ini
boleh berputus asa untuk memasukkan diri kamu
ke syurga?!" Kata Sang Pendakwah yang
masyhur di pelusuk dunia Iaitu
Al-
habib Ad-Daie Ali Jufri
Remaja sekarang ini mereka ada yg bersolat tapi
melakukan perkara yg pelik, ada yg cium sana
sini, mata meliar, masuk net tengok macam-
macam. Iman mereka lemah. Penuh dengan
godaan dan celaan pada remaja ini.
Habib Ali al-jufri berkata "Perkara ini semua org
ketahui, tentang ujian yg melanda remaja
sekarang ini. Pertama sekali aku khabarkan
berita gembira kepda remaja semua, penyesalan
yg mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka
lemah dgn ujian, kemudian ingin kembali kepada
Allah, kemudian mereka kembali semula kepada
perbuatan lama,kemudian ingin kembali semula
kepada Allah, ini adalah berita gembira kepada
mereka kerana menandakan iman kuat di hati
mereka, iaitu mereka sangat mencintai Allah,
selama mana mereka mencintai Allah, ketahuilah
bahawasanya Allah juga mencintai mereka."Allah
mencintai mereka dan mereka juga mencintai
Allah" Demi Allah wahai saudaraku,jika Allah
tidak mencintai kamu. Dia pasti tidak akan
campakkan ke dalam hati kamu satu perasaan
kepedihan,ini adalah perasaan yg kita rasakan
"aku ada melakukan kesalaham".perasaan yg
bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah
sebab kelalaian aku kepada Allah. Bentuk
perasaan ini adalah tanda cahaya iman, di sini
cahaya lilin(keimanan) itu ada tetapi cahaya lilin
ini memerlukan penjagaan sebelum angin
memadamkannya. Yang memadamkan cahaya
(keimanan) ini adalah dia tekad melakukan
maksiat. Perkara bahaya datang dari mana?
Perkara yang lebih bahaya dari maksiat-maksiat
itu bahaya tapi yg lebih bahaya dari maksiat
adalah terus menerus melakukan
maksiat,mengambil mudah sahaja "Allah itu kan
Maha Pengampun" kemudian kembali melakukan
maksiat.memandang ringan dan remeh terhadap
maksiat pada diri sendiri. Ini bahaya.ianya
adalah isyarat cahaya iman mula menghilang.
sebesar manapun dosa kamu terhadap Allah,
jangan sesekali berputus asa pada-Nya.
Allah tidak berpaling dari kamu selama mana
kamu tidak berpaling dari-Nya.
lantas teruslah kembali kepada-Nya sekalipun
sudah berpuluh kali kamu kecundang dengan
nafsumu..
Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus
asa untuk memasukkan kamu ke neraka,
bagaimana kamu selaku yang memegang diri ini
boleh berputus asa untuk memasukkan diri kamu
ke syurga?!
Dibagikan dari Google Keep
Komentar
Posting Komentar